Sunday 28 July 2013

Keganasan rumah tangga

Maut didera suami

Kuala Lumpur: Dipijak di muka dan dicucuh dengan api rokok hingga mati. Begitulah nasib malang menimpa seorang ibu kepada empat anak, termasuk seorang kelainan upaya, di Kampung Bahagia, Jalan Puchong, di sini, kelmarin.

Lebih memilukan, wanita itu, Nurhidayah A Ghani, 29, dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suaminya berusia 39 tahun yang dikahwini 11 tahun lalu.

Menceritakan kejadian itu, kakak mangsa, Ummi Kalsom berkata, adiknya menerima nasib malang selepas melahirkan anak sulung yang kini berusia 10 tahun dan kurang upaya.

“Keadaan anak sulung mereka bukan penyebab utama arwah dibelasah, namun tabiat suaminya yang ketagih dadah dan arak selain panas baran menyebabkan adik saya menjadi mangsa belasahannya.


“Arwah sering melarikan diri ke rumah keluarga di Kampung Muhibah, Jalan Puchong, namun suaminya pandai memujuk dan membawanya pulang ke rumah” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.-mymetro



Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan berlaku di mana sahaja, tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan atau taraf pendidikan.

Akta Keganasan Rumah Tangga telah diluluskan pada 1994 dan berkuatkuasa pada 1996. Keganasan rumah tangga diklasifikasikan di bawah bidang kuasa jenayah dan dibaca bersama-sama Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah. Akta ini menyediakan perlindungan bagi wanita yang didera oleh suaminya untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara (IPO) serta berlindung di rumah-rumah perlindungan.    

Namun masih ramai pihak yang tidak memahami konsep IPO atau menerangkan kepada wanita keperluan untuk mendapatkannya. Apatah lagi melihat keganasan rumah tangga itu sebagai satu isu hak asasi manusia. Hak untuk hidup dan hak kepada kehormatan diri adalah hak dasar yang diakui oleh undang-undang antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengguna pakai Konvensyen Penghapusan Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW). Malaysia merupakan negara ahli konvensyen tersebut.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ditubuhkan yang dipimpin oleh Y.B. Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil (2001 - Februari 2008) sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya peranan golongan wanita dan institusi kekeluargaan untuk mencapai agenda pembangunan negara. Masyarakat juga diberi kesedaran dan bimbingan dalam aspek pembangunan sosial terutamanya kebajikan masyarakat, bagi mencapai matlamat ke arah mewujudkan masyarakat penyayang dan masyarakat maju selaras dengan Wawasan 2020.



Saturday 27 July 2013

Hak orang kurang upaya

  • Perlembagaan mahupun undang-undang tidak melarang secara khusus diskriminasi berlandaskan ketidakupayaan fizikal atau mental. Namun, kerajaan menggalakkan penerimaan dan integrasi orang kurang upaya oleh masyarakat awam. 
  • Kerajaan tidak mendiskriminasi orang ku
    rang upaya daripada segi pekerjaan, pendidikan, akses ke perkhidmatan kesihatan, atau peruntukan perkhidmatan kerajaan yang lain. Peraturan sektor awam memperuntukkan 1 peratus daripada pekerjaan sektor awam kepada orang kurang upaya. Kerajaan tidak mewajibkan penyediaan kemudahan pengangkutan bagi orang kurang upaya. Hanya sebilangan kecil kemudahan awam telah diubahsuaikan untuk orang kurang upaya. Bangunan baru milik kerajaan secara umumnya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya.Satu peraturan amalan menjadi garis panduan kepada semua agensi kerajaan, majikan, persatuan pekerja, pekerja dan pihak lain bagi menempatkan orang kurang upaya yang berkelayakan dalam sektor swasta.
  • Sekolah yang menawarkan pendidikan khas wujud namun tidak dapat menampung segala keperluan orang kurang upaya.
  • Berikutan bantahan oleh orang kurang upaya pada tahun-tahun yang lepas, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan penerimaan orang ramai terhadap orang kurang upaya, kemudahan awam kepada orang itu, dan meningkatkan peruntukan bajet bagi program yang disasarkan untuk membantu mereka. Memandangkan kebanyakan pengangkutan awam tidak menyediakan kemudahan yang “mesra orang kurang upaya”, kerajaan telah mengekalkan pengurangan duti eksais sebanyak 50 peratus bagi kereta dan motosikal keluaran tempatan yang diubahsuaikan untuk golongan ini. Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab terhadap perlindungan hak asasi orang kurang upaya.
  • Pada 9 September 2011, Menteri Shahrizat mengumumkan bahawa Kabinet telah meluluskan satu cadangan yang menghendaki semua pihak berkuasa tempatan memasukkan orang kurang upaya dalam jawatankuasa perancangan dan pembangunan. Cadangan itu juga mencadangkan bahawa pihak berkuasa tempatan menubuhkan sebuah unit akses pengauditan bagi tujuan mencadangkan penambahbaikan akses untuk orang seperti ini untuk bangunan dan kemudahan.
  • Akta Orang Kurang Upaya 2008 mengiktiraf hak-hak orang kurang upaya untuk menikmati faedah pengangkutan awam, perumahan, pendidikan, pekerjaan dan penjagaan kesihatan. Namun, tidak ada hukuman bagi mereka yang tidak mematuhi peruntukan akta ini. Sebagai contoh, terdapat undangundang kecil yang mewajibkan bangunan baru menyediakan akses bagi orang kurang upaya. Tetapi terdapat juga kelemahan yang membenarkan pihak berkuasa tempatan untuk dikecualikan daripada pematuhan. Pengkritik memanggil akta ini sebagai "harimau tak bertaring."
  • Seorang pejuang terkenal bagi hak orang kurang upaya menunjukkan bahawa kesukaran praktikal terus menenggelamkan kelebihan mana-mana undang-undang atau dasar yang membantu orang kurang upaya. Sebagai contoh, peruntukan 1 peratus bagi pekerjaan di sektor awam sebenarnya tidak diisi, dan bangunan masih kekurangan tandas dan kemudahan lain yang mencukupi. Beliau menyifatkan sekolah rendah secara praktikalnya tidak dapat diakses oleh pelajar kurang upaya, yang memerlukan ibu bapa yang berkeupayaan untuk datang ke sekolah untuk membantu anak mereka turun dan naik tangga, memberi mereka makan, dan membawa buku-buku mereka ke kelas. Sesetengah pengangkutan awam dilengkapi dengan tanjakan yang boleh diletakkan secara manual untuk membantu pengunjung kurang upaya, tetapi mereka memerlukan bantuan pemandu dan jarang digunakan. 

Friday 26 July 2013

Hak penjagaan kanak-kanak

Hak setiap kanak-kanak :-
  1. Semua kanak-kanak dilindungi oleh undang-undang dan akta-akta yang khusus untuk mereka
  2. Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir

Konvensyen mengenai hak kanak-kanak :-

  1. Dilahirkan, mempunyai nama dan kewarganegaraan
  2. Tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman damai
  3. Mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat
  4. Mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri
  5. Mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi hak setiap kanak-kanak
  6. Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan bahaya
  7. Diberi peluang untuk bermain dan beriadah
  8. Dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan
  9. Berupaya mengekspresi pandangan sendiri
Konvensyen mengenai hak kanak-kanak(1989) :-

Perkara 18
Negara- negara pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak, ibu bapa atau mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak . Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam konvensyen ini, negara-negara pihak hendaklah memberi bantuan sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak merekadan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

Perkara19
Negara-negara pihak hendaklah mengambil segala langkah perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan yang sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan Fizikal mental, Kecederaan Penderaan pengabaian @ pelakuan cuai, penganiayaan @ eksploitasi, termasuk penderaan seksual semasa dalam jagaan ibubapa(ibubapa), penjaga di sisi undang-undang (penjaga-penjaga di sisi undang-undang)

Akta kanak-kanak 2001
Ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu tidak layak atau telah mengabaikan, tidak berupaya untuk menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya keatas kanak-kanak itu dan kanak-kanak itu mula terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat

contoh artikel : ibu bapa mendera anak kandung


Friday 19 July 2013


Assalamualaikum
Sahabat-sahabat sekalian. Marilah sama-sama kita hayati lirik lagu Muhasabah Cinta ini, agar dapat kita jadikannya sebagai kata-kata indah buat pedoman diri kita seharian. 

Sunday 14 July 2013

Pengharaman memakai tudung ??

Utusan

29/01/2008

ISTANBUL 29 Jan. – Pengharaman pemakaian tudung ditarik balik sepenuhnya apabila parti yang memerintah Turki berjaya mendapatkan persetujuan bersama dengan parti pembangkang mengenai isu itu hari ini. Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan Parti Tindakan Kebangsaan (NAP) bersetuju untuk melakukan perubahan pada Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Pendidikan Tinggi bagi membolehkan pelajar wanita di universiti memakai tudung.

Parlimen Turki hari ini telah mengundi menarik balik pengharaman pemakaian tudung di universiti dalam keputusan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, ketika terdapat bantahan besar-besaran daripada golongan berfahaman sekular.

Pindaan perlembagaan itu telah diluluskan dengan undian 411 menyokong berbanding 103 menentang oleh Parlimen yang dikuasai secara majoriti oleh Parti AK.

''Cadangan pindaan telah diluluskan. Saya berharap ia dilakukan demi kepentingan Turki dan dilaksanakan atas semangat toleransi dan tanda perdamaian,'' kata speaker Parlimen, Koksal Toptan kepada ahli-ahli Parlimen selepas pengundian dijalankan.

Sementara itu, berpuluh ribu rakyat Turki mengibarkan bendera mereka dan melaungkan slogan sekular sebagai protes terhadap perubahan berkenaan hanya beberapa kilometer dari Parlimen di tengah Ankara.

Perdana Menteri Tayyip Erdogan dari Parti AK, berkata, pengharaman pemakaian tudung merupakan satu penafian yang tidak adil terhadap hak asasi individu dan kebebasan beragama di Turki yang mana dua pertiga wanitanya menutup kepala mereka.
 
“Artikel ni dah lama, tapi kesan artikel ni amat mendalam buat saya. Dah lama Turki tidak membenarkan pemakaian tudung di Universiti bermula revolusi tentera 1980 yang menyekat pendidikan buat segolongan wanita yang cintakan agamanya. Pelik tapi benar, sekarang golongan sekular menganggap memakai tudung sebagai satu bentuk penentangan terhadap prinsip sekular Negara Turki dan golongan tersebut pulak menentang keras penarikan pengharaman pemakaian tudung ni sedangkan ianya telah melanggar hak asasi manusia dari segi hak asasi wanita.”

Menurut Firman Allah SWT yang bermaksud :”Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir”(Surah an-Nur ayat 31)
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Tuesday 9 July 2013

Contoh Artikel

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hanyadibenarbelisebotolbesarminyakmasak/Article/index_html

APA ITU HAK PENGGUNA?

Hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. Pengguna bermaksud orang yang menggunakan perkhidmatan, barang dan alam sekitar untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan.

Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Selain daripada mengiktiraf 15 Mac sebagai Hari Hak Hak Pengguna Sedunia, aspek-aspek hak asasi pengguna ini diambilkira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubungkait dengan pengguna.

Antara hak dan tanggungjawab tersebut ialah :
1)      Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Kita sebagai pengguna berhak untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan. Keperluan asas termasuk makanan yang mencukupi, tempat tinggal yang selamat, pakaian, kemudahan kesihatan, kemudahan pendidikan dan sebagainya.

2)      Hak untuk mendapatkan keselamatan
Kita sebagai pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita.

3)      Hak untuk mendapatkan maklumat
Kita sebagai pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkan bagi membuat keputusan yang bijak. Kita juga perlu dilindungi daripada dakyah dan pembohongan pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

4)      Hak untuk membuat pilihan
Kita sebagai pengguna perlu memastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Kita perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutudan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

5)      Hak untuk bersuara
Kita sebagai pengguna perlu memastikan mendapat pembelaan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada sudut pengadilan.

6)      Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Kita sebagai pengguna berhak mendapat penyelesaianuntuk pembeliankeluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang mengelirukan serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan. 

7)      Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Kita sebagai pengguna berhak untuk mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidkan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung untuk melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

8)      Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Sebagai seorang pengguna, kita berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini perlu diperjuangkan oleh kita kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.