Saturday 27 July 2013

Hak orang kurang upaya

  • Perlembagaan mahupun undang-undang tidak melarang secara khusus diskriminasi berlandaskan ketidakupayaan fizikal atau mental. Namun, kerajaan menggalakkan penerimaan dan integrasi orang kurang upaya oleh masyarakat awam. 
  • Kerajaan tidak mendiskriminasi orang ku
    rang upaya daripada segi pekerjaan, pendidikan, akses ke perkhidmatan kesihatan, atau peruntukan perkhidmatan kerajaan yang lain. Peraturan sektor awam memperuntukkan 1 peratus daripada pekerjaan sektor awam kepada orang kurang upaya. Kerajaan tidak mewajibkan penyediaan kemudahan pengangkutan bagi orang kurang upaya. Hanya sebilangan kecil kemudahan awam telah diubahsuaikan untuk orang kurang upaya. Bangunan baru milik kerajaan secara umumnya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya.Satu peraturan amalan menjadi garis panduan kepada semua agensi kerajaan, majikan, persatuan pekerja, pekerja dan pihak lain bagi menempatkan orang kurang upaya yang berkelayakan dalam sektor swasta.
  • Sekolah yang menawarkan pendidikan khas wujud namun tidak dapat menampung segala keperluan orang kurang upaya.
  • Berikutan bantahan oleh orang kurang upaya pada tahun-tahun yang lepas, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan penerimaan orang ramai terhadap orang kurang upaya, kemudahan awam kepada orang itu, dan meningkatkan peruntukan bajet bagi program yang disasarkan untuk membantu mereka. Memandangkan kebanyakan pengangkutan awam tidak menyediakan kemudahan yang “mesra orang kurang upaya”, kerajaan telah mengekalkan pengurangan duti eksais sebanyak 50 peratus bagi kereta dan motosikal keluaran tempatan yang diubahsuaikan untuk golongan ini. Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab terhadap perlindungan hak asasi orang kurang upaya.
  • Pada 9 September 2011, Menteri Shahrizat mengumumkan bahawa Kabinet telah meluluskan satu cadangan yang menghendaki semua pihak berkuasa tempatan memasukkan orang kurang upaya dalam jawatankuasa perancangan dan pembangunan. Cadangan itu juga mencadangkan bahawa pihak berkuasa tempatan menubuhkan sebuah unit akses pengauditan bagi tujuan mencadangkan penambahbaikan akses untuk orang seperti ini untuk bangunan dan kemudahan.
  • Akta Orang Kurang Upaya 2008 mengiktiraf hak-hak orang kurang upaya untuk menikmati faedah pengangkutan awam, perumahan, pendidikan, pekerjaan dan penjagaan kesihatan. Namun, tidak ada hukuman bagi mereka yang tidak mematuhi peruntukan akta ini. Sebagai contoh, terdapat undangundang kecil yang mewajibkan bangunan baru menyediakan akses bagi orang kurang upaya. Tetapi terdapat juga kelemahan yang membenarkan pihak berkuasa tempatan untuk dikecualikan daripada pematuhan. Pengkritik memanggil akta ini sebagai "harimau tak bertaring."
  • Seorang pejuang terkenal bagi hak orang kurang upaya menunjukkan bahawa kesukaran praktikal terus menenggelamkan kelebihan mana-mana undang-undang atau dasar yang membantu orang kurang upaya. Sebagai contoh, peruntukan 1 peratus bagi pekerjaan di sektor awam sebenarnya tidak diisi, dan bangunan masih kekurangan tandas dan kemudahan lain yang mencukupi. Beliau menyifatkan sekolah rendah secara praktikalnya tidak dapat diakses oleh pelajar kurang upaya, yang memerlukan ibu bapa yang berkeupayaan untuk datang ke sekolah untuk membantu anak mereka turun dan naik tangga, memberi mereka makan, dan membawa buku-buku mereka ke kelas. Sesetengah pengangkutan awam dilengkapi dengan tanjakan yang boleh diletakkan secara manual untuk membantu pengunjung kurang upaya, tetapi mereka memerlukan bantuan pemandu dan jarang digunakan. 

No comments:

Post a Comment