Sunday 14 July 2013

Pengharaman memakai tudung ??

Utusan

29/01/2008

ISTANBUL 29 Jan. – Pengharaman pemakaian tudung ditarik balik sepenuhnya apabila parti yang memerintah Turki berjaya mendapatkan persetujuan bersama dengan parti pembangkang mengenai isu itu hari ini. Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan Parti Tindakan Kebangsaan (NAP) bersetuju untuk melakukan perubahan pada Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Pendidikan Tinggi bagi membolehkan pelajar wanita di universiti memakai tudung.

Parlimen Turki hari ini telah mengundi menarik balik pengharaman pemakaian tudung di universiti dalam keputusan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, ketika terdapat bantahan besar-besaran daripada golongan berfahaman sekular.

Pindaan perlembagaan itu telah diluluskan dengan undian 411 menyokong berbanding 103 menentang oleh Parlimen yang dikuasai secara majoriti oleh Parti AK.

''Cadangan pindaan telah diluluskan. Saya berharap ia dilakukan demi kepentingan Turki dan dilaksanakan atas semangat toleransi dan tanda perdamaian,'' kata speaker Parlimen, Koksal Toptan kepada ahli-ahli Parlimen selepas pengundian dijalankan.

Sementara itu, berpuluh ribu rakyat Turki mengibarkan bendera mereka dan melaungkan slogan sekular sebagai protes terhadap perubahan berkenaan hanya beberapa kilometer dari Parlimen di tengah Ankara.

Perdana Menteri Tayyip Erdogan dari Parti AK, berkata, pengharaman pemakaian tudung merupakan satu penafian yang tidak adil terhadap hak asasi individu dan kebebasan beragama di Turki yang mana dua pertiga wanitanya menutup kepala mereka.
 
“Artikel ni dah lama, tapi kesan artikel ni amat mendalam buat saya. Dah lama Turki tidak membenarkan pemakaian tudung di Universiti bermula revolusi tentera 1980 yang menyekat pendidikan buat segolongan wanita yang cintakan agamanya. Pelik tapi benar, sekarang golongan sekular menganggap memakai tudung sebagai satu bentuk penentangan terhadap prinsip sekular Negara Turki dan golongan tersebut pulak menentang keras penarikan pengharaman pemakaian tudung ni sedangkan ianya telah melanggar hak asasi manusia dari segi hak asasi wanita.”

Menurut Firman Allah SWT yang bermaksud :”Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir”(Surah an-Nur ayat 31)
Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

No comments:

Post a Comment